MAHASISWA VS POLITIK

Assalamualaikum.

Sejak kebelakangan ini , mahasiswa dan mahasiswi di kebanyakkan Universiti di negara kita kerap melaungkan slogan ' Kebebasan Hak Mahasiswa Bersuara '.
Ada yang menuntut agar akta larangan berpolitik di kampus ni dihapuskan. Mereka berpendapat suara-suara mahasiswa disekat dan tidak didengari oleh kerajaan.

Namun demikian , sejauh mana kematangan dan rasionalnya pemikiran golongan muda ini yang kerap kali dilabel sebagai ' alah budak mentah je , pengalaman pun takda ' dapat memberi kesan kepada negara ?
Bagi saya , ia memberikan kesan yang sangat besar kerana golongan muda yang akan membentuk negara pada masa hadapan. Namun begitu , mahasiswa pada masa kini  terlalu mengikut perasaan, mudah dipengaruh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Buta akan sejarah negara dan kurangnya pembacaan akan membuatkan mereka tak ke mana-mana dan hanya melemahkan negara .

Pemuda tiang negara ,
Pemuda harapan bangsa .

Comments