Ucapan Majlis Makan
Malam Pra Graduasi Fakulti Kejuruteraan Awam
14/18
Tarikh : 28 April 2018
Tempat : Pulai Spring
Indah
berbalam si awan petang,
Berarak
di celah pepohon ara,
Pemanis
kalam selamat datang,
Awal
bismillah pembuka bicara.
Terima kasih buat
saudara dan saudari pengacara majlis.
Sekalung aprisiasi saya hulurkan buat,
Yang Berbahagia Dekan Fakulti Kejuruteraan
Awam,
Prof Dr Khairul Anwar bin Kassim.
Yang Berusaha Penasihat PEKA,
Dr Yunus bin Ishak.
Yang Berusaha pengarah program,
Saudara Syed Najib.
Yang Berusaha Presiden PEKA ,
Saudara Shadzfiq Tahmali,
Seterusnya rakan-rakan seperjuangan yang
saya kasihi….. dekat dihati.
Assalamu'alaikum w.b.t
, nihauma, wanakem .
Alhamdulillah,
bersyukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan rahmatNya, kita dapat sama-sama
berkumpul dalam majlis yang penuh
bermakna pada malam ini.
Sebelum
saya meneruskan ucapan saya ,ingin mengambil kesempatan ini bagi mewakili
seluruh para hadirin pada malam ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada ahli jawatan kuasa pelaksaan majlis yang telah bertungkus lumus dalam
menjayakan majlis pada malam ini.
*Tepukan
gemuruh buat mereka
Ribuan
terima kasih diucapkan kepada dekan mewakili pihak fakulti kerana telah banyak
membantu kami daripada tahun 1 hingga lah sekarang dalam hal-hal berkaitan
akademik dan kebajikan mahasiswa. Dekan dan Dr Yunus juga telah memberikan
kerjasama yang sangat baik dalam urusan perlaksaan program untuk pelajar
pelajar-pelajar yang dianjurkan oleh PEKA .
Jangan ditanam padi di seberang,
Jangan menghuma di puncak bukit,
Jangan tak kenang budinya orang,
Jangan dilupa walaupun sedikit.
*Tepukan
penghargaan buat mereka
Hadirin dan hadirat
yang dihormati sekalian,
Masih ingat lagikah
kita, ketika mula-mula mendaftar di FKA ,dalam 3-4 tahun lepas untuk mengejar
cita-cita menjadi seorang jurutera Insyaallah, ramai antara kita yang berasa ,
tempoh 4 tahun ini sangat lama dan berasa risau tentang apa yang kita bakal
hadapi sepanjang di sini. Alhamdulillah dalam sedar ataupun tidak, kita sudah
hampir ke garisan penamatnya. Namun, untuk sampai ke garisan penamat ini,
pelbagai ranjau dan duri cehh ranjau hehe yang telah kita
lalui bersama rakan-rakan yang berada di kiri dan kanan kita sekarang. Hal ini
bertepatan dengan peribahasa melayu yang berbunyi,
Yang
ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul,
Hati
gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah,
Gunung
sama didaki, lurah sama kita turuni.
Semoga …. Jalinan
persahabatan ini akan berkekalan hendaknya. Amin
Haaaa
Dalam sibuk-sibuk
belajar, berprogram ada yang sudah mendapat jodoh. Ada yang sedang mencari, ada
yang sedang dicari. Dan ada juga juga yang hanya menunggu masa untuk confess. Yang
mana dah ada tu, nnt jangan lupa jemput majlis. Haha.
Bila
mata bertentang mata,
Lidah
kelu tidak terkata,
Hanya
senyuman yang menggoda,
Wajah
manis penyeri rupa.
Hahaha
maaf ye , selingan.
Berbekalkan
segulung ijazah , semua antara kita akan menjalani dan membentuk kehidupan
masing-masing. Ada yang menjadi consultant, kontraktor dan government officer.
Dan akan membuka company sendiri. Ada juga yang akan menjadi usahawan yang
tidak berkait dengan civil engineering. Sesungguhnya, definisi kejayaan itu
berlainan untuk setiap orang. Namun biarlah kita dapat memberikan sumbangan
kepada bangsa, agama dan Negara.
Ibarat
pepatah melayu,
Dicampak ke laut jadi pulau,
Dicampak ke darat jadi gunung.
Semoga….
Kita dapat memberi manfaat kepada semua.
Akhir
kata daripada saya, semoga perkenalan kita ini dapat berkekalan selamanya dan
semoga kita dapat saling membantu pada masa akan datang.
Kalau ada jarum yang patah,
Jamgan disimpan dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan dalam hati.
Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.
Assalamualaikum.
Wakil
Tahun 4,
(
Auzaie Alif bin Abdul Latip )
![]() |
| Rakan sekelas 4 K2S1 |

Good
ReplyDelete