Penindasan

Umumnya, penindasan merupakan perkara yang tidak asing lagi pada masa kini. Kita pada hari ini sering dihidangkan dengan pelbagai berita dan isu-isu semasa berkaitan tentang pembunuhan etnik,kelaparan ,pelarian , rampasan tanah air dan sebagainya. Dari sudut akal dan pandangan saya, perkara pokok di sini berpunca daripada sikap yang sombong dan tidak perikemanusian. Golongan penindas susah semestinya mempunyai pelbagai kelebihan berbanding golongan yang ditindas.

Yang kaya terus kaya,
Yang miskin terus miskin.

Yang kuat terus kuat,
Yang lemah terus lemah.

Yang pandai terus pandai,
Yang dangkal terus dangkal.

Yang hina terus dihina,
Yang 'mulia' terus dimuliakan.

Adakah ini yang kita cuba gambarkan mengenai sikap masyarakat yang dianggap maju ? Adakah ini hasil persidangan UNESCO dan PBB yang diadakan setiap tahun? 

Namun begitu , sedar atau tidak sedar dan dalam kita mengkritik masyarakat dunia yang telah pun terlibat dengan penindasan, kita sendiri telah pun terlibat dengan penindasan. Dalam konteks yang lebih ringkas dan ruang lingkup sebagai pelajar, ramai di antara kita yang lebih suka 'pandai sendiri' sedangkan kita sedar bahawa ada dikalangan rakan-rakan kita yang masih lemah dan tidak faham akan sesuatu subjek. Bagi saya ini adalah satu bentuk penindasan kecil.

Persoalan yang timbul ,adakah kita hanya sekadar tidak ambil peduli ? Hanya berpeluk tubuh ? Adakah dengan cara ini menjadikan kita lebih baik ? 

Saya menyeru dan amat mengalakkan ,kita sebagai pelajar untuk sama-sama berkongsi ilmu yang ada bersama rakan-rakan yang lemah. Sesungguhnya, tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima. Memberi ilmu tidak menjadikan ilmu kita semakin berkurangan. Percayalah, barakah Allah SWT menanti.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.




Comments