Perjuangan Yang Belum Selesai

Perjuangan yang belum selesai .

Tiada yang lebih menyayat,
Dari melihat bangsaku dijajah.

Tidak ada yang lebih menyedihkan,
Dari membiarkan bangsaku dihina.

Air mata tiada ertinya,
Sejarah silam tiada maknanya,
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir, dipersenda , dilupakan .

Bukan kecil langkah wira bangsa,
Para pejuang kemerdekaan,
Bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa.

Selangkah bererti mara,
Mengharung sejuta dugaan.

Biarkan bertatih,
Asalkan langkah itu yakin dan cermat,
Bagi memastikan negara merdeka 
Dan bangsa terpelihara

Air mata sengsara ,
Mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita.

Tun Dr Mahathir
Perdana Menteri Malaysia ke-4
1981 hingga 2003


*Tun Dr Mahathir menyampaikan ucapan ini dengan nada yang 
teresak-esak dan sebak. Sungguh menyentuh hati dan ianya memberikan
gambaran betapa jujurnya perjuangan Tokoh Negarawan kita dalam usaha
membela bangsa dan negara kita.

Comments