SISTEM


Sistem bukannya penentu sepenuhnya kejayaan sesuatu organisasi mahupun sebuah negara. Ramai yang hanya berfikir untuk mencipta sistem yang terbaik antara yang terbaik sehingga lupa apa yang lebih utama. 

Masyarakat dunia sering dipaksa oleh AS dan pihak barat untuk menggunakan sistem demokrasi yang pada pendapat mereka merupakan sistem yang terbaik untuk mengurus tadbir negara. Negara-negara Asia Barat sering menjadi tumpuan pihak barat untuk dipaksa mengikut telunjuk mereka dalam melaksanakan demokrasi. Hasilnya terhasilah boneka-boneka yang dikawal oleh barat di negara-negara Arab. Namun mereka lupa akan batas-batas demokrasi. 

Autonomi. Autonomi merupakan sistem yang tidak asing bagi kita. Ia memberikan kuasa kepada sesebuah organisasi atau negeri untuk menjalankan pemerintahan sendiri tanpa diganggu oleh pihak atasan. Di Malaysia, USM merupakan universiti yang pertama diberi kuasa autonomi. Namun bukan mudah bagi pemberi dana untuk tidak mengambil tahu ke mana dana yang diberikan digunakan. Individu yang memerintah mestilah amanah dan telus supaya tidak berlakunya salah guna kuasa.
Benarlah bahawa, absolute power will absolutely corrupt .

Apa yang hendak saya simpulkan di sini, bahawa pemerintah, ketua mahupun diri kita sendiri adalah faktor utama kepada sesuatu kejayaan. Kita janganlah hanya tertumpu kepada kejayaan orang lain yang menggunakan sistem yang lain daripada kita dan menganggap kita adalah salah dan tidak bagus. Sebaliknya kita hendaklah terus berusaha dan memperbaiki diri dalam misi untuk menempa kejayaan yang gemilang.

Malaysia tanah airku.
Malaysia boleh.
Malaysia gemilang.


Comments