Rezeki dan Peluang

Rezeki ertinya segala yang kita miliki dari perkara yang bermanfaat ataupun memberikan kebaikan buat kita sama ada di sudut keperluan dunia semata ataupun untuk agama maka itu adalah kurniaan ataupun rezeki.


“ Atas segala perkataan, aku paling percaya janji Allah.”
  1.  Pada masa kini, kita mudah untuk menghukum (be too judgemental) tentang masa depan seseorg itu melalui kos/aliran apa yang diambilnya ketika belajar di institusi pendidikan.
  2. Sesetengah daripada kita  mempunyai kotak pemikiran yang lebih cenderung ke arah pemikiran yang negatif . This will lead us to have a very narrow minded skills of thinking. Such a great waste because we choose not to be an open minded person.
  3. Judging a person does not define who they are but it define who you are. 
  4. Be curious, not judgemental.
  5. Seseorang yang mmpunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi tidak seharusnya memandang rendah terhadap seseorg yang rendah tahap pendidikannya. Setiap tahap pendidikan mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
  6. Sesungguhnya, memandang rendah terhadap orang lain tidak akan menjadikan kita insan yang lebih baik.
  7. Setiap kos/aliran ada keistimewaannya yang tersendiri.Sesetengah orang beranggapan bahawa hanya kos seperti kedoktoran , kejuruteraan dan perbankan merupakan kos yang baik. Namun mereka lupa bahawa terdapat pelbagai jenis ilmu/kos di luar sana yang juga baik dan mempunyai masa depan yang cerah kerana di alam pekerjaan/industri  pelbagai jenis bidang ilmu digunakan untuk memastikan segalanya berjalan lancar.
Engineer
Doctor
      Peluang Pekerjaan 


1.      Nasihat dan pandangan seseorang terhadap kita adalah berguna. Namun, nasihat dan pandangan yang negatif adalah tidak berguna jika salah caranya.
2.      Nasihat dan pandang yang negatif boleh menjadi pembakar semangat jika diambil dari sudut positifnya. Namun ianya bergantung kepada penerimanya sama ada jenis pemikiran yang open minded ataupun tidak.
3.      Sesetengah kita menjadi ‘penganalis peluang pekerjaan yang profesional’ secara instant.
4.      Kita sudah pastinya pernah mendengar dialog seperti:
·         ‘kau amik kos ni ada kerja ke?’
·         ‘Ish kos engineering ni dah ramai sgt dah orang ambil, mana ada kerja nnt.’ (pengalaman sendiri).
·         ‘Ni blaja agama sahaja ,ada kerja ke nanti?’
·         ‘kos yang kau amik ni kos biasa2 je, payah nanti nak kerja.’
·         ‘kos yang kau amik ni nnt kerja gaji kecik tau’.
5.      Tuah dan rezeki manusia tiada siapa yang tahu melainkan Allah SWT dan janganlah kita suka menjatuhkan semangat dan motivasi orang lain.
6.      Seperti yg kita tahu, ramai org diluar sana yang sudah pun berjaya walaupun tidak mempunyai tahap pendidikan yg tinggi. Meraka berjaya mengubah nasib mereka dengan kesungguhan dan keazaman yang tinggi di samping memohon dimurahkan rezeki kpdNya.
7.      Golongan yang lebih tua digalakkan untuk memberikan semangat dan kata-kata nasihat buat golongan remaja/belia yang masih mencari rentak dan hala tuju hidup.

8.      Jika ingin memberi nasihat/pendapat/tips tentang peluang pekerjaan, berilah sebelum seseorang itu memilih kos/aliran pengajiaannya agar dia dapat membuat keputusan yang baik.

Konklusi 
1.      Kita semua harus bersedia untuk menghadapi dunia yang lebih mencabar pada masa hadapan. Siapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran.
2.      Kepada yang bakal mndaftar sebagai mahasiswa, gudluck ,stay positif dan kerja tu insyaallah ada ,doa mohon daripada Allah SWT di samping berusaha.
3.      Our world need more people who have a positive and open minded mind to create a better world.
4.      Jangan terlalu cepat menghukum kerana kita tidak tahu situasi sebenar yang dihadapi oleh seseorg itu.
5.      Ingatlah, yang memberi rezeki itu Allah SWT. Mohon dan bergantung haraplah kepadaNya dan bukannya kepada manusia. Berlapang dadalah di atas nikmat kurnian dan takdir Allah kpd kita. Allah Maha mengetahui.
Anak muda yang mengambil jurusan kejuruteraan, komited dalam menuntut ilmu. huhu


















Comments

Post a Comment