Ucapan Wakil Pelajar Majlis Makan Malam Tahun Akhir


Ucapan Majlis Makan Malam Pra Graduasi Fakulti Kejuruteraan Awam
14/18

Tarikh : 28 April 2018
Tempat : Pulai Spring

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Terima kasih buat saudara dan saudari pengacara majlis.

Sekalung aprisiasi saya hulurkan buat,
Yang Berbahagia Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam,
Prof Dr Khairul Anwar bin Kassim.
Yang Berusaha Penasihat PEKA,
Dr Yunus bin Ishak.
Yang Berusaha pengarah program,
Saudara Syed Najib.
Yang Berusaha Presiden PEKA ,
Saudara Shadzfiq Tahmali,
Seterusnya rakan-rakan seperjuangan yang saya kasihi….. dekat dihati.

Assalamu'alaikum w.b.t , nihauma, wanakem .

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan rahmatNya, kita dapat sama-sama berkumpul dalam majlis yang  penuh bermakna pada malam ini.
Sebelum saya meneruskan ucapan saya ,ingin mengambil kesempatan ini bagi mewakili seluruh para hadirin pada malam ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawatan kuasa pelaksaan majlis yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan majlis pada malam ini.

*Tepukan gemuruh buat mereka


Ribuan terima kasih diucapkan kepada dekan mewakili pihak fakulti kerana telah banyak membantu kami daripada tahun 1 hingga lah sekarang dalam hal-hal berkaitan akademik dan kebajikan mahasiswa. Dekan dan Dr Yunus juga telah memberikan kerjasama yang sangat baik dalam urusan perlaksaan program untuk pelajar pelajar-pelajar yang dianjurkan oleh PEKA .
Jangan ditanam padi di seberang,
Jangan menghuma di puncak bukit,
Jangan tak kenang budinya orang,
Jangan dilupa walaupun sedikit.

*Tepukan penghargaan buat mereka


Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Masih ingat lagikah kita, ketika mula-mula mendaftar di FKA ,dalam 3-4 tahun lepas untuk mengejar cita-cita menjadi seorang jurutera Insyaallah, ramai antara kita yang berasa , tempoh 4 tahun ini sangat lama dan berasa risau tentang apa yang kita bakal hadapi sepanjang di sini. Alhamdulillah dalam sedar ataupun tidak, kita sudah hampir ke garisan penamatnya. Namun, untuk sampai ke garisan penamat ini, pelbagai ranjau dan duri cehh ranjau hehe yang telah kita lalui bersama rakan-rakan yang berada di kiri dan kanan kita sekarang. Hal ini bertepatan dengan peribahasa melayu yang berbunyi,


Yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul,
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah,
Gunung sama didaki, lurah sama kita turuni.

Semoga …. Jalinan persahabatan ini akan berkekalan hendaknya. Amin

Haaaa
Dalam sibuk-sibuk belajar, berprogram ada yang sudah mendapat jodoh. Ada yang sedang mencari, ada yang sedang dicari. Dan ada juga juga yang hanya menunggu masa untuk confess. Yang mana dah ada tu, nnt jangan lupa jemput majlis. Haha.
Bila mata bertentang mata,
Lidah kelu tidak terkata,
Hanya senyuman yang menggoda,
Wajah manis penyeri rupa.
Hahaha maaf ye , selingan.

Berbekalkan segulung ijazah , semua antara kita akan menjalani dan membentuk kehidupan masing-masing. Ada yang menjadi consultant, kontraktor dan government officer. Dan akan membuka company sendiri. Ada juga yang akan menjadi usahawan yang tidak berkait dengan civil engineering. Sesungguhnya, definisi kejayaan itu berlainan untuk setiap orang. Namun biarlah kita dapat memberikan sumbangan kepada bangsa, agama dan Negara.
Ibarat pepatah melayu,
Dicampak ke laut jadi pulau,
Dicampak ke darat jadi gunung.
Semoga…. Kita dapat memberi manfaat kepada semua.

Akhir kata daripada saya, semoga perkenalan kita ini dapat berkekalan selamanya dan semoga kita dapat saling membantu pada masa akan datang.

Kalau ada jarum yang patah,
Jamgan disimpan dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan dalam hati.


Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Assalamualaikum.


Wakil Tahun 4,


( Auzaie Alif bin Abdul Latip )



Rakan sekelas 4 K2S1


Comments

Post a Comment